Saturday, 28 July 2012

PenGaKuAn DusTa ~

~ Di tanya pada seorang gadis~

Awak sayang ayah awak tak?

Sayang sangat2 He's my hero Dia lah yg mencari rezki untuk kami dan mama~

- tapi kenapa awak tak tutup 'AURAT'? Sian ayah awak kena tanggung dosa awak setiap hari sampai awak bersuami (apa perasaan anda bila anda nmpak ayah anda diazab,dipukul dalam neraka kerna tindakan anda?cuba lah bayangkan walaupun sedetik)

~Bila dah bersuami dan ditanya lagi~

"Awak cinta suami awak tak?

Of course He's my life heart & soul i luv u vr much for the rest of my life

- tapi kenapa awak tak tutup 'AURAT'? Hebatnya cinta awak sampai sanggup biarkan suami tanggung semua 'dosa' AURAT awak tuh?~(wahai isteri .kasihanilah suami mu sangupkah kamu melihat suami mu diazab dengan seksaan api neraka kamu kata kamu cinta pada nya tapi hakikat nya kamu adalah PEMBOHONG..nak tnya sikit cuba pikir balik secara logiknya ada x org yg dia sayang sanggup tengok org tu kena seksa??? fikir2 kan
lah ~

Sunday, 22 July 2012

Matang Dengan Ujian

Ya Allah , aku layak diuji . Aku hanya HambaMu . Di sebalik ujian ini , aku yakin ada himahnya , cuma kerana kelemahanku dan kejahilanku , aku belum nampak hikmah itu Ya Allah ! Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu .

Berbaik Sangka dengan Allah !

Orang yang ARIFBILLAH ( mengenal Allah ) seperti Ibn Ata'illah pernah berkata : Sesiapa yang menyagka sifat kasih sayang Allah terpisah dengan takdirNya , maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang ! Maksudnya : Seberat mana pun ujian yang Allah timpakan , pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi ujian tersebut . Namun , akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berfikir sahaja dapat merasai himah di sebalik setiap mehnah yang ditimpakan .

Firman Allah s.w.t :

Ada perkara yang kamu sukai , sebaliknya ia buruk bagi kamu . Dan ada perkaranyang kamu benci , sebaliknya ia membawa kebaikan bagi kamu . Allah lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui ! ( Surah Al-Baqarah , Ayat 216 )

Mafhum berkenaan menerangkan bahawa , Ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha Luas ! Kita hanya dapat melihat yang dekat , namun Allah dapat melihat yang dekat mahupun yang jauh . Muhasabah balik yaa . Bittaufiq Wannajah , Selamat Beramal !

Tentang Solat Sunat Dhuha

Rasulullah s.a.w bersada :

Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah . Untuk itu , setiap tasbih ialah sedekah , setiap tahmid adalah sedekah , setiap tahlil ialah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah . Menyeru makruf adalah sedekah , mencegah kemungkaran adalah sedekah . Semua perbuatan itu , sama nilainya dengan dua rakaat solat sunat Dhuha !

Nikmat Solat Sunat Dhuha !

  • Tidak termasuk dalam golongan yang lalai
  • Seolah-olah seluruh anggota melakukan amal kebaikan
  • Diperkenankan doa selepas solat sunat Dhuha
  • Dimurahkan rezeki
  • Dipelihara oleh Allah s.w.t
  • Dihapuskan dosa

Bahaya Marah

MARAH merupakan satu fitrah yang ada pada setiap manusia normal . Tetapi perasaan marah tersebut tidak lah sama pada manusia , kerana setiap orang dikurniakan tahap kesabaran yang berbeza-beza bergantung kepada sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah s.w.t .

Allah s.w.t berfirman :
Jika kamu membalas ( menghukum ) , maka balaslah dengan yang sama dengan keburukan yang mereka lakukan . Tetapi jika kalian bersabar , itu lebih baik ( Surah An-Nahl , Ayat 126 )

Tips Mengawal Kemarahan !!

  • Diam ! Apabila seseorang marah , kebiasaannya dia sukar untuk bercakap perkara yang baik . Dia akan cenderung untuk mengatakan sesuatu yang kesat . Maka , DIAM merupakan salah satu cara untuk mengawal kemarahan . Seperti sabda Rasulullah s.a.w : Apabila seseorang daripada kalian berasa marah , maka hendaklah dia diam ! ( Riwayat Ahmad )

  • Duduk ! Ianya salah satu cara yang baik untuk mengawal kemarahan . Sekiranya seseorang itu berdiri , dikhuatiri perasaan marah itu diikuti dengan pergerakan fizikal . Contoh , memukul ataupun menendang . Rasulullah s.a.w : Apabila salah seorang daripada kalian marah sedangkan dia berdiri , maka hendaklah dia duduk . Jika ia masih belum reda , maka hendaklah dia baring ! ( Riwayat Abu Daud )

  • Wudhu' ! Pengambilan wadhu' juga sangat baik untuk melegakan perasaan yang sedang marah . Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Marah ialah bara api , maka padamlah ia dengan berwudhu' ( Riwayat Baihaqi )

Doa agar dibaiki Kesabaran

Pakar MOTIVASI acap kali menyarankan kita untuk sentiasa memaafkan orang lain setiap kali sebelum tidur . Pada saat itulah MUHASABAH sangat penting kerana 24 jam merupakan tempoh masa yang agak lama dalam kehidupan kita . Dalam tempoh tersebut , komunikasi kita dengan masyarakat sekeliling mungkin melibatkan pelbagai perkara , yang sudah tentu menggunakan aplikasi emosi kita sepanjang masa .

Daripada jumlah itu . mungkin ada antara mereka yang membuat kita GERAM ! MARAH ! KECEWA ! Sehingga menimbulkan perasaan sukar pula untuk kita memaafkan mereka . Tatkala itu , Kesabaran memainkan peranan yang amat penting . Terkadang sesetengah manusia akan timbul rasa bersalah atas perasaan sukar memaafkan itu .

Kalamullah merupakan sebuah penawar untuk DUNIA dan AKHIRAT . Sebagai penyelesaiannya , berikut merupakan doa yang sesuai dijadikan benteng pertahanan kita daripada syaitan laknatullah .

ربنا افرغ علينا صبرا وثبت اقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين

Maksudnya :
Ya Tuhan kami , tuangkan kesabaran atas diri kami , dan kukuhkan pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir ( Surah Al-Baqarah , Ayat 250 )

Mohon dipraktikkan untuk kesejahteraan bersama , insyaAllah . Bittaufiq Wannajah , Selamat Beramal !

Idola , Penaik Semangat !

Dalam kita mencari dan memilih seseorang untuk dijadikan contoh ataupun IDOLA dari segi pakaian , perbuatan , ilmu dan sebagainya . Perlu diingatkan , pastikan diri kita mengikut seseorang yang kuat ilmu agamanya ! Dan sentiasa bertaqwa kepada Allah S.W.T agar kita menerima balasan kebaikan di akhirat kelak .

Apa-apa pun , ambil lima kesempatan yang perlu dimanfaatkan dengan baik sebagaimana hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Manfaatkan lima kesempatan sebelum datangnya lima kesempatan yang lain , iaitu :

  • Masa mudamu sebelum masa tuamu
  • Masa sihatmu sebelum masa sakitmu
  • Masa kayamu sebelum masa miskinmu
  • Masa hidupmu sebelum masa matimu
  • Masa senangmu sebelum masa sibukmu

( Riwayat Hakim dan Baihaqi )
Nurul Firdaus Company