Sunday 22 July 2012

Bahaya Marah

MARAH merupakan satu fitrah yang ada pada setiap manusia normal . Tetapi perasaan marah tersebut tidak lah sama pada manusia , kerana setiap orang dikurniakan tahap kesabaran yang berbeza-beza bergantung kepada sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah s.w.t .

Allah s.w.t berfirman :
Jika kamu membalas ( menghukum ) , maka balaslah dengan yang sama dengan keburukan yang mereka lakukan . Tetapi jika kalian bersabar , itu lebih baik ( Surah An-Nahl , Ayat 126 )

Tips Mengawal Kemarahan !!

  • Diam ! Apabila seseorang marah , kebiasaannya dia sukar untuk bercakap perkara yang baik . Dia akan cenderung untuk mengatakan sesuatu yang kesat . Maka , DIAM merupakan salah satu cara untuk mengawal kemarahan . Seperti sabda Rasulullah s.a.w : Apabila seseorang daripada kalian berasa marah , maka hendaklah dia diam ! ( Riwayat Ahmad )

  • Duduk ! Ianya salah satu cara yang baik untuk mengawal kemarahan . Sekiranya seseorang itu berdiri , dikhuatiri perasaan marah itu diikuti dengan pergerakan fizikal . Contoh , memukul ataupun menendang . Rasulullah s.a.w : Apabila salah seorang daripada kalian marah sedangkan dia berdiri , maka hendaklah dia duduk . Jika ia masih belum reda , maka hendaklah dia baring ! ( Riwayat Abu Daud )

  • Wudhu' ! Pengambilan wadhu' juga sangat baik untuk melegakan perasaan yang sedang marah . Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Marah ialah bara api , maka padamlah ia dengan berwudhu' ( Riwayat Baihaqi )

No comments:

Nurul Firdaus Company