Sunday 22 July 2012

Doa agar dibaiki Kesabaran

Pakar MOTIVASI acap kali menyarankan kita untuk sentiasa memaafkan orang lain setiap kali sebelum tidur . Pada saat itulah MUHASABAH sangat penting kerana 24 jam merupakan tempoh masa yang agak lama dalam kehidupan kita . Dalam tempoh tersebut , komunikasi kita dengan masyarakat sekeliling mungkin melibatkan pelbagai perkara , yang sudah tentu menggunakan aplikasi emosi kita sepanjang masa .

Daripada jumlah itu . mungkin ada antara mereka yang membuat kita GERAM ! MARAH ! KECEWA ! Sehingga menimbulkan perasaan sukar pula untuk kita memaafkan mereka . Tatkala itu , Kesabaran memainkan peranan yang amat penting . Terkadang sesetengah manusia akan timbul rasa bersalah atas perasaan sukar memaafkan itu .

Kalamullah merupakan sebuah penawar untuk DUNIA dan AKHIRAT . Sebagai penyelesaiannya , berikut merupakan doa yang sesuai dijadikan benteng pertahanan kita daripada syaitan laknatullah .

ربنا افرغ علينا صبرا وثبت اقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين

Maksudnya :
Ya Tuhan kami , tuangkan kesabaran atas diri kami , dan kukuhkan pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir ( Surah Al-Baqarah , Ayat 250 )

Mohon dipraktikkan untuk kesejahteraan bersama , insyaAllah . Bittaufiq Wannajah , Selamat Beramal !

No comments:

Nurul Firdaus Company