Sunday 22 July 2012

Matang Dengan Ujian

Ya Allah , aku layak diuji . Aku hanya HambaMu . Di sebalik ujian ini , aku yakin ada himahnya , cuma kerana kelemahanku dan kejahilanku , aku belum nampak hikmah itu Ya Allah ! Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu .

Berbaik Sangka dengan Allah !

Orang yang ARIFBILLAH ( mengenal Allah ) seperti Ibn Ata'illah pernah berkata : Sesiapa yang menyagka sifat kasih sayang Allah terpisah dengan takdirNya , maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang ! Maksudnya : Seberat mana pun ujian yang Allah timpakan , pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi ujian tersebut . Namun , akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berfikir sahaja dapat merasai himah di sebalik setiap mehnah yang ditimpakan .

Firman Allah s.w.t :

Ada perkara yang kamu sukai , sebaliknya ia buruk bagi kamu . Dan ada perkaranyang kamu benci , sebaliknya ia membawa kebaikan bagi kamu . Allah lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui ! ( Surah Al-Baqarah , Ayat 216 )

Mafhum berkenaan menerangkan bahawa , Ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha Luas ! Kita hanya dapat melihat yang dekat , namun Allah dapat melihat yang dekat mahupun yang jauh . Muhasabah balik yaa . Bittaufiq Wannajah , Selamat Beramal !

No comments:

Nurul Firdaus Company