Saturday 21 July 2012

Gadis ber Ta'aruf !!

Assalamualaikum .. Salam Ukhwah Ma'a Salam Mahabbah !!


Blog nie diasaskan oleh dua orang makhluk Allah , seorang Jejaka [ 17 tahun ] yang berusaha menjadi soleh dan seorang Gadis [ 14 tahun ] yang berusaha menjadi solehah .


Sampaikan walaupun sepotong ayat daripadaku !!


Sesungguhnya barangsiapa yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan oleh Allah iaitu Al-Quran , dan menjualnya dengan harga yang murah , mereka akan menelan api neraka ke dalam perut ( makan dan minum dari menjual ayat-ayat tersebut ) menyebabkan mereka masuk ke dalam neraka ! - Surah Al-Baqarah , ayat 174 .


Hadith di atas menerangkan tentang larangan Allah kepada sesiapa yang mempunyai ilmu ( Al-Quran , Sunnah ) tetapi disimpan atau disembunyikan . Kalam Allah menyatakan bahawa , Ilmu itu WAJIB disampaikan dan disebarkan .


Di sini , Gadis nak menegaskan bahawa Ilmu Allah itu Luas . Layaknya kita sebarkan Ilmu tersebut , maklumlah Ilmu itu pinjaman . Jangan bongkak dan riak , kerana dalam sekelip mata sahaja Allah boleh menarik kembali Ilmu itu daripada ingatan kita . Ustaz Gadis beritahu , sekiranya kita sebarkan Ilmu kepada sesiapa sahaja , Allah akan menambahkan pula Ilmu yang lain kepada kita . Bittaufiq Wannajah , Selamat Beramal !

No comments:

Nurul Firdaus Company